Ubahsuai Pada Barcodes Yang Sangat Kreatif Dan Menarik (11 Gambar)

0 comments
Rasanya ramai yang dah sedia maklum apa itu barcodes. Menurut Wikipedia, barcodes adalah satu bentuk penyampaian data secara optikal mengenai objek yang dilekatkan bersamanya.






Biasanya kita melihat barcodes jenis standard yang terdapat pada produk-produk namun tahukah anda sebenarnya barcodes ini boleh diubahsuai mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing? Itulah yang dihasilkan oleh Steve Simpson, seorang illustrator dari Dublin, Ireland dengan menghasilkan barcodes yang dihias dengan illustrasi yang unik dan kreatif.

Ini Gambar Atau Lukisan? (10 Gambar)

4 comments
Wah, ini lukisan atau gambar betul? Kalau dilihat sekali imbas, pasti kelihatan seperti gambar fotografi, namun apabila diteliti dengan betul-betul barulah kelihatan ianya adalah lukisan.






Hasil lukisan photorealist ini dihasilkan oleh Bertrand Meniel dari Perancis, yang hasilnya dianggap sebagai terbaik di dalam bidangnya. Kebanyakan hasil lukisan Meniel banyak berkisar latar belakang di bandar-bandar metropolitan seperti New York, San Francisco, South Beach dan banyak lagi. Jika anda ingin melihat lebih banyak hasil karya beliau, anda boleh lawati Loius K. Meisel Gallery.

Bilik Tidur Tergantung Yang Direka Dengan Bijak

1 comments
Sebelum ini saya pernah paparkan tentang rekaan sebuah rumah sempit di Jepun yang direka dengan bijak untuk memaksimakan ruang di dalam rumah disebabkan tanah yang sempit. Kali ini dipaparkan rekaan bagi bilik tidur yang sempit pula.





Di dalam sebuah apartment sempit yang hanya berkeluasan 538 kaki persegi, pemilik apartment yang terletak di Montrouge, Perancis ini meminta consultation dari ECDM Architects untuk mereka bilik tidur supaya ruang mampu dimaksimakan sebaik mungkin. Bagi ruang apartment yang sempit sebegini, penyelesaian yang dianjurkan oleh arkitek adalah dengan mereka sebuah bilik tidur yang tergantung di bahagian tengah apartment.

Kokeshi: Mancis Berkepala Kartun Yang Sangat Cute (13 Gambar)

0 comments
Kalau ada mancis yang cute dan adorable macam ni pasti rasa sayang sangat nak bakar. Kokeshi Match, set kotak mancis yang dilukis watak kartun pada bahagian kepala ini dihasilkan oleh designer dari Jepun, Kumi Hirasaka.





Kokeshi adalah patung kayu traditional dari Jepun, dan Hirasaka telah melukis kokeshi pada bahagian kepala mancis dengan menggunakan tangan untuk satu pameran. Ianya mendapat sambutan hangat, dan sejak itu beliau telah menghasilkan Kokeshi Match ini secara besar-besaran dan meluaskan lagi watak kartun yang digunakan seperti ayam, khinzir, kucing dan banyak lagi.

Kereta Diperbuat Daripada Kadbod Yang Boleh Dipakai Buang

0 comments
Sebelum ini kita pernah ada jenis kamera yang boleh dipakai buang, tapi pernahkah anda terfikir tentang kereta yang boleh dipandu dan dibuang apabila habis diguna?






Kereta diperbuat daripada bahan kadbod yang boleh dipakai buang ini adalah merupakan konsep rekaan yang dihasilkan oleh Thierry Dumaine dari Perancis. Kereta konsep yang diberi nama "carDboard" ini direka secara minimalis tanpa pintu, tanpa dashboard dan hanya mempunyai satu warna sahaja, iaitu coklat (memandangkan ianya diperbuat daripada kadbod).

Kisah Sedih Beruang Koala Hilang Hutan Tempat Tinggal Akibat Pembalakan

0 comments
Kehilangan tempat tinggal dengan tanpa disangka-sangka memang sesuatu yang sangat menyedihkan. Tapi agaknya pernah tak kita terfikir bagaimana perasaan haiwan yang kehilangan hutan tempat tinggal akibat aktiviti pembalakan?





Berdasarkan gambar seekor beruang koala yang kelihatan keliru ketika ditemui di satu tapak bekas hutan di Australia ini, kita boleh agak pasti ianya sedang bersedih. Menurut Wildlife Information, Rescue and Education Service (WIRES) Australia, beruang koala ini ditemui di tinggalan tapak yang satu masa dahulu adalah habitat tempat tinggalnya di sebuah hutan bernama Vittoria State Forest, New South Wales.

Wanita Mati Akibat Dihempap Anggota Polis Berbadan Gempal

1 comments
Hmm, tak tahulah nak rasa lucu atau rasa sedih bila mendengar berita pelik macam ini. Selalunya dalam filem-filem, kita biasa melihat aksi di mana polis cuba menangkap suspek dengan menangkap badan mangsa namun di Jepun baru-baru ini terjadi kejadian yang tak disangka-sangka.




Kejadian yang berlaku di Sakai, Jepun pada tarikh 9 November tahun lalu ini telah menyaksikan seorang wanita maut secara tidak sengaja apabila dihempap seorang anggota polis berbadan gempal yang mempunyai berat 100 kg. Menurut laporan pihak polis, pada pukul 7 pagi hari kejadian, polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang bertindak di luar kawalan membaling barang-barang sambil menjerit-jerit. Anggota polis berbadan gempal tersebut dikejarkan ke tempat kejadian bersama beberapa anggota yang lain sebaik menerima laporan.

Lukisan Manga Berasaskan Senibina Malaysia Yang Sangat Awesome (15 Gambar)

1 comments
Selalunya kita biasa melihat hasil lukisan style manga dari pelukis-pelukis luar negara, dari Jepun terutamanya. Tapi kali ini saya ingin ketengahkan hasil lukisan yang tak kurang awesomenya dari seorang pelukis Malaysia.





Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, pelukis yang bernama Chong Fei Giap ini telah menghasilkan satu siri lukisan style manga yang diberi nama 'Schoolgirl'. Apa yang menarik tentang siri lukisan ini bagi saya ialah bukan sahaja hasilnya yang memang nampak sangat cantik, tapi juga tema yang dipilih di mana ianya banyak memaparkan tentang suasana dan senibina yang terdapat di beberapa tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia.

Patung Itik Gergasi Terbesar Di Dunia Terapung Di Perairan Hong Kong

0 comments
Dengan ketinggian setinggi 16.5 meter (enam tingkat), patung itik gergasi terbesar di dunia yang direka oleh seorang artist dari Belanda iaitu Florentijn Hofman ini telah dipamerkan terapung di Hong Kong.





Diberi nama 'Rubber Duck', patung itik ini dipamerkan terapung di Victory Harbour di Hong Kong dari 2 Mei hinggalah 9 Jun ini. Patung itik yang terkenal ini sebelum ini pernah dipamerkan di beberapa bandaraya besar dunia seperti Sydney, Osaka, London dan Sao Paolo, namun ini merupakan kali pertama ianya dipamerkan di China.

Jersi Baru Liverpool FC Warrior Musim 2013-2014 (10 Gambar)

0 comments
Baru-baru ini Liverpool telah melancarkan jersi baru mereka bagi musim 2013-2014 bersama jenama yang baru bersama sejak musim lepas, iaitu Warrior. Rekaan jersi serba merah ini adalah berdasarkan jersi mereka pada musim 1983-1984 di mana Liverpool memenangi piala eropah buat kali ke-4 di Rome.



Antara ciri-ciri yang terdapat pada jersi baru ini ialah lambang Liver Bird yang mula diperkenalkan semula sejak musim lepas, memberi kesan retro pada jersi ini dan juga Hillsborough Flame yang terkenal dicetak pada bahagian kolar sebelah belakang jersi. Hmm, nampak lenih menarik jika dibandingkan dengan musim lepas. Bagi penyokong Liverpool mungkin dah boleh start kumpul duit untuk beli yang original, haha.