10 Fakta Osem Tentang Paus Pembunuh


Anda rasa ikan jerung putih adalah pemangsa paling badass di dasar lautan? Anda mungkin perlu mengubah persepsi tersebut kerana tahap badassery paus pembunuh adalah melangkaui mana-mana ikan jerung walaupun mereka kelihatan comel dengan rupa kulit seperti tuksedo hitam putih. Lagipun jika anda perasan, ikan jerung putih (great white shark) tiada perkataan 'pembunuh' pada nama mereka. Hey, you have to earn that shit.


"Yosh!!"

1. Paus pembunuh yang juga dikenali sebagai orca bukanlah dari spesis paus tetapi sejenis ikan dolfin. Mereka merupakan spesis dolfin terbesar di mana panjangnya boleh mencapai 30 kaki dan berat mencapai 12,000 pounds. Lagi pun tak badass dan angkuhlah jika dipanggil killer dolphin bukan?

2. Merupakan haiwan terpantas di dasar lautan, dengan kelajuan mampu mencapai 30 batu sejam.

3. Paus pembunuh bersosial dalam lingkungan kumpulan atau pods mereka sahaja. Walau bagaimanapun, sesuatu kumpulan boleh bersosial dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Untuk menampakkan tahap badassery, kata nama kumpulan dalam artikel ini akan digantikan dengan kartel, melambangkan keganasan kartel dadah Colombia.

4. Kerumitan struktur sosial paus pembunuh boleh disamakan dengan gajah dan manusia. Mereka memburu di dalam kartel dalam lingkungan sehingga 40 ekor dan terdapat sehingga empat generasi ahli keluarga boleh ditemui dalam sesuatu kartel. Saya terbayangkan Corleone family.

5. Paus pembunuh berkomunikasi menggunakan suara di antara satu sama lain, tetapi setiap kartel mempunyai bahasa unik yang tersendiri, yang memudahkan mereka untuk mengenal spesis dari kartel masing-masing. 

"Awww...look at the cute whale,it's so adorab-OH GOD! IT HAS MY ARM!"

6. Saiz otak paus pembunuh adalah lima kali lebih besar berbanding otak manusia. Mereka sangat sosial, bijak dan juga bersifat ingin tahu. Otak paus pembunuh telah dikaji dengan mikroskop dan terbukti mempunyai struktur dan berkembang seperti otak manusia.

7. Antara makanan ruji mereka ialah anjing laut, dolfin, ikan paus, burung, beruang polar dan juga terdapat insiden direkodkan mereka menyerang ikan jerung putih untuk dijadikan makanan. Selepas kartel paus pembunuh tersebut puas menyantap sushi ikan jerung, dikhabarkan kumpulan jerung yang lain melarikan diri beberapa batu dan seterusnya lenyap tidak dapat dikesan. Yeah, run bitches, run.

8. Boleh diklasifikasikan sebagai apex predator kerana mampu memburu di dasar lautan tanpa gangguan daripada pemangsa-pemangsa yang lain. Dengan kata lain, keangkuhan.

9. Walaupun tahap badassery paus pembunuh melebihi ikan jerung putih, namun tiada insiden merekodkan ikan paus pembunuh menyerang manusia di dasar lautan. Yang direkodkan cumalah yang melibatkan paus pembunuh menyerang pelatih di dalam sangkar kurungan.

10. Jangka hayat seekor paus pembunuh liar adalah 50-60 tahun bagi spesis jantan, manakala 90 tahun bagi spesis betina. Bagaimanapun, paus pembunuh yang dikurung dalam kurungan selalunya hidup tidak lebih daripada 30 tahun dan purata jangka hayat mereka adalah kira-kira 20 tahun.

"Rezeki yob!"


No comments:

Post a Comment