Jersi Baru Liverpool FC Musim 2012-2013 (7 Gambar)

Jersi-Baru-Liverpool-FC-2012-2013
Yang dinanti telah tiba! Pagi tadi bersamaan 12 tengah malam waktu UK Liverpool FC telah mengumumkan secara rasminya jersi baru mereka bersama jenama baru iaitu Warrior yang akan menggantikan Adidas, setelah banyak rumours bertebaran di laman internet sejak beberapa bulan yang lepas. Mungkin untuk mengembalikan zaman kegemilangan era 70-an dan 80-an, jersi baru ini kelihatan lebih retro dan simple, terutamanya logo yang telah ditukar baru. Logo yang baru ini sebenarnya telah digunakan dari tahun 1976-1987 iaitu pada era kegemilangan Liverpool mendominasi bola sepak eropah dengan memenangi empat kali juara eropah, setelah memenanginya buat kali pertama pada tahun 1977 menentang kelab Borussia Monchengladbach. 

Antara ciri-ciri lain jersi baru tersebut ialah lambang Hillsborough Flames yang diletakkan pada bahagian kolar sebelah belakang, dan nombor 96 yang menandakan bilangan korban penyokong Liverpool pada tragedi Hillsborough merupakan pertama kali diletakkan pada jersi.

Bercakap mengenai jersi baru tersebut, Steven Gerrard berkata, "ianya retro, selesa, sedap mata memandang dan warna kuning telah kembali semula, di mana sudah pasti ianya merupakan warna semulajadi Liverbird."

Menurut Pepe Reina pula, "ideanya ialah untuk kembali ke masa lalu, masa kegemilangan Liverpool dan ianya merupakan satu kesoronokan bagi saya untuk memakai warna yang sama seperti Clemence dan Grobbelaar." Selain itu beliau berkata warna hijau merupakan warna yang ideal untuk penjaga gol kerana ia meningkatkan kebolehan mereka untuk menyamar persekitaran padang rumput, dibantu pula dengan bentuk fizikal kepala beliau yang seperti bola itu sendiri, mampu meningkatkan peratusan beliau untuk menanduk pemain lawan pada bahagian solar plexus tanpa disedari pengadil. Bijak.

Rata-rata peminat berpuas hati dengan jersi baru tersebut, dengan menyatakan kepuasan ia mampu dibawa ke pejabat dan juga kuliah, selain berkemungkinan harganya yang lebih rendah berbanding jersi Adidas yang terdahulu (kira-kira RM240 tak silap). Pendapat saya? Ianya retro dan menarik, tapi nampak macam baju outing budak SBP kadang-kadang. 

jersi-baru-liverpool-warrior-gerrard
jersi-baru-liverpool-warrior-reina


jersi-baru-liverpool-warrior-enrique
jersi-baru-liverpool-warrior-suarez
jersi-baru-liverpool-warrior-bellamy
 Gambar Atas: Saiz Kanak-kanak
jersi-baru-liverpool-warrior-skrtel
jersi-baru-liverpool-warrior-steven-gerrard

Di Belakang Tabir
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

3 comments:

  1. Betul2 retro.. klasik! Memang ada niat nak beli jersey Liverpool tapi sebelum ni ada cap C****berg la plak..

    ReplyDelete
  2. canttik la jersye 2.. geram tgk... www.redlomo.com :)

    ReplyDelete
  3. FazMas: haha.tapi season lepas yg standard chartered tu pon boleh beli

    Redlomo: hehe.boleh start kumpul duit nak beli

    ReplyDelete