Lupakan Minyak Petrol, Kereta Berkuasa Udara Bakal Diperkenalkan

Dengan rizab minyak dunia dijangka hanya mampu bertahan selama 50 tahun (bergantung sama ada kepada penemuan rizab baru atau penambahan konsumpsi negara dunia terutamanya China dan India), alternatif kepada minyak petrol untuk menggerakkan mesin terutamanya kenderaan kian giat dijalankan penyelidikan.



Terbaru, kereta berkuasa udara bakal diperkenalkan.

Pada tahun 2007, syarikat Tata Motors dari India telah menandatangani perjanjian perlesenan bersama Motor Development International, sebuah syarikat design dari Perancis untuk mereka bentuk sebuah kereta yang mampu digerakkan dengan kuasa udara mampatan (compressed air). Tata Motors yang telah menguji dua buah kereta menggunakan enjin tersebut bersedia untuk membina kilang untuk menghasilkan kereta tersebut dalam skala yang lebih besar.

Idea untuk menghasilkan enjin dengan udara mampatan bukanlah sesuatu yang baru, ianya telah dicadangkan lebih dari seabad yang lalu, sebelum motor berkuasa elektrik diperkenalkan. Namun enjin berkuasa udara mampatan ini masih digunakan dalam sesetengah industri seperti perlombongan, pembinaan dan lain-lain lagi dengan jentera seperti mesin piling yang menggunakan tenaga pneumatik dan alatan-alatan lain.

Enjin kereta berkuasa udara mampatan ini berfungsi sama seperti enjin petrol yang lain. Apa yang bezanya hanyalah sumber untuk menggerakkannya, iaitu udara. Dah namanya pun enjin berkuasa udara ye tak.

Namun yang menjadi masalahnya ialah kuasa. Dengan hanya menggunakan kuasa udara sahaja, kereta hanya mampu digerakkan pada kelajuan antara 50-55 kilometer sejam, yang sudah semestinya akan kalah walau berlumba dengan motor Honda c70 berusia 30 tahun sekalipun.

Untuk mengatasi masalah tersebut, kereta yang dibina boleh mengumpul udara sambil bergarak dengan menggunakan pemampat udara yang terbina pada kereta.
kereta-berkuasa-udara-mampatan
The downside, pemampat udara tersebut pula dikuasakan dengan tenaga elektrik atau tenaga petrol yang membuatkan all these 'green' things nampak macam kurang significant, walaupun tenaga yang digunakan lebih rendah berbanding kereta-kereta biasa.

Buat masa sekarang, hanya syarikat Tata Motors yang benar-benar komited untuk membina kereta berkuasa udara ini, walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang menunjukkan minat yang sama seperti Honda dan Zero Pollution Motors.

Jika berjaya dilaksanakan, ianya bakal membuka ruang yang lebih luas kepada sumber tenaga alternatif untuk menggerakkan kenderaan, dan paling penting, ianya lebih mesra alam sekitar dan mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Green is the new black, isn't it?


Sumber dari Discovery News

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: