Basikal Tercanggih Di Dunia Keluaran Aston Martin (4 Gambar)

basikal-aston-martin
Aston Martin biasanya terkenal dalam pengeluaran kereta-kereta mewah yang awesome dan cool, dan kalau anda biasa tengok cerita James Bond, kereta jenama inilah yang selalu menjadi pilihan abang Bond.






Tapi bagaimana pula kalau Aston Martin mengeluarkan basikal pula? Basikal untuk James Bond?

basikal-aston-martin
Aston Martin telah bekerjasama dengan Factor Bikes untuk menghasilkan basikal versi kereta terkenal mereka iaitu Aston Martin One-77 Coupe dan menamakannya One-77 Cycle. Direka untuk penunggang basikal yang kaya tak ingat (atau untuk secret agent mungkin), One-77 Cycle digambarkan sebagai basikal paling canggih dan berteknologi tinggi di dunia dan dilengkapkan dengan ciri sistem komputer berteknologi tinggi, lampu sensor yang kompleks dan rangka diperbuat daripada serat karbon untuk membuatkannya lebih ringan.

Selain menyediakan maklumat kadar kelajuan dan jarak perjalanan, sistem komputer pada basikal ini turut menyediakan maklumat tambahan yang canggih melebihi 100 ukuran tertentu seperti torque, tenaga kaki, kelajuan roda belakang, kadar pecutan dan banyak lagi. Selain itu ianya juga boleh disambungkan melalui bluetooth untuk berkongsi data melalui smartphones dan peranti lain.

Berapa harganya? Dengan basikal yang secanggih ini, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh jenama kereta terkemuka Aston Martin, jadi tak perlu terkejut tak percaya jika harganya menjangkau 39,000 US Dollar (RM121,780). Jadi acamam, terasa nak beli? Rasanya lagi baik beli kereta, boleh juga bawa family dan kawan-kawan makan angin.

Tapi kalau terasa nak beli juga, lebih baik order cepat sebab hanya 77 unit yang dikeluarkan di seluruh dunia (nampak signifikan nama One-77 kat situ? Bijak diorang ni)
one-77-cycle
basikal-canggih

Sumber dari Inhabitat

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment