Kalau ada pun mungkin sudah rosak dan sekadar menjadi tempat untuk melampiaskan nafsu vandalisme di kalangan anak-anak muda.
Atas kesedaran untuk tidak membiarkan pondok-pondok telefon ini roboh ditelan zaman, sebuah syarikat telekomunikasi, T-Mobile, telah memutuskan untuk mengubah pondok-pondok telefon yang sudah usang dan dibiarkan tersebut menjadi sebuah booth kebajikan di Hungary. Booth kebajikan ini mudah dikenalpasti dengan warna pink dan logo berbentuk hati padanya.
Pengguna boleh membuat panggilan menerusi pondok telefon ini dan bakinya pula akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan. Setakat ini, kempen ini telah memberikan sumbangan kepada badan kebajikan yang menolong golongan cacat penglihatan di Hungary. Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah:
Bila cerita pasal pondok telefon ni, teringat pula saya zaman sekolah dulu kumpul duit syiling banyak-banyak semata-mata nak menelefon someone, hehe.
Sumber dari Design Taxi
Artikel Berkaitan:
- Handphone Termahal Di Dunia - RM25 Juta
- Handphone Facebook Bakal Dikeluarkan?
- Anda Tidak Membenarkan Membawa Komputer Riba di Kafe Ini
| Follow @ExtremeTechBlog | |
| Sukakan informasi awesome? Like page kami! |

Salam.
ReplyDeleteCool ni, kalau dekat Malaysia kejap je dah jadi mangsa vandalism. Logik kan.
Tapi kita patut buat dulu macam ni.
wsalam. itulah, tapi mungkin kat sini kena tunggu syarikat korporat ambil inisiatif dulu.
Delete